Kes paip air bocor mungkin berlaku lebih kerap lagi daripada apa yang ramai sangkakan. Ini adalah sentimen yang saya rumuskan sendiri berdasarkan pengalaman berjumpa tiga kes paip besar air di tepi jalan bocor di dalam bulan Februari lepas.

Ketiga-tiga pengalaman itu mencetuskan rasa ingin meningkatkan lagi kesedaran diri sendiri dan juga menyeru pembaca blog ini untuk sama-sama peka tentang masalah paip air bocor.

Jadi, sempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac, blog Kamversation ingin berkongsi mesej berkaitan masalah paip air bocor.

Kejadian di dalam video ini adalah realiti. Saya sudah membuat aduan ke pihak bertanggungjawab.

Bayangkanlah jumlah air yang terbuang begitu saja kalau kebocoran itu berterusan!

 

 

Terima kasih.

Kam Hashim

###