Wajah skrin-skrin majalah ZIP dalam telefon pintar beroperasi Android.

Wajah skrin-skrin majalah ZIP dalam telefon pintar beroperasi Android.

MediaUpdatesButtonDunia penerbitan di Malaysia yang semakin rancak perkembangannya menerima kehadiran majalah baru dikenali sebagai ZIP iaitu sebuah majalah bulanan berbentuk digital yang baru saja dilancarkan Harian Metro beberapa hari lepas.

ZIP adalah singkatan kepada Zon Interaktif Persona dan ia boleh diakses melalui telefon pintar atau sebaiknya melalui komputer tablet bagi yang lebih sukakan paparan skrin yang lebih besar dari saiz skrin telefon bimbit biasa.

Bersesuaian dengan tema gaya hidup, ZIP diliihat menarik dengan isi kandungannya dipenuhi ruangan fesyen, hiburan, kecantikan, masakan dan lain-lain.

Menarik lagi, ZIP memaparkan muka depan yang berbentuk video.

ZIP juga mempunyai laman Facebook di alamat www.facebook.com/myzipmy

zipfree

Ikon ZIP dalam Google Play

Majalah baru ini boleh dimuat turun untuk telefon pintar dan tablet yang beroperasi melalui sistem Android dan iOS. Nampaknya tiada bayaran yang dikenakan untuk memuat turun ZIP. (Lihat gambar ikon ZIP dalam  Google Play yang tertera di sini).

Penerbitan majalah digital seperti ini dilihat selaras dengan aliran zaman yang mana ramai pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar dan tablet untuk mendapatkan bahan bacaan.

Video promosi ZIP oleh Harian Metro boleh ditonton di pautan ini.

Oleh Kam Hashim

  ###