Keadaan banjir di banyak tempat di Malaysia adalah membinbangkan. Menurut Bernama, sehingga jam 7 malam ini (26 Disember 2014), jumlah mangsa banjir mencecah 119,624 orang berbanding dengan 118,896 pada pukul 3 petang tadi.

Banyak pihak swasta, agensii kerajaan dan orang perseorangan bertungkus lumus menyalurkan bantuan dalam berbagai bentuk termasuklah bantuan kewangan, kepada mangsa banjir besar kali ini.

Malaysian Global Innovation & Creativity Center atau MaGIC bertempat di Cyberjaya merupakan salah satu organisasi yang bekerja keras untuk membantu.

Semalam kakitangan MaGIC telah melancarkan laman web mybanjir.com iaitu satu projek komuniti yang mula diwar-warkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC petang semalam melalui laman Facebook beliau.

Setakat pukul 8 malam ini, laman mybanjir.com kelihatan sudah dipenuhi dengan, antaranya, pengumpulan artikel-artikel tentang bencana banjir yang melanda, nombor telefon Pusat Kawalan mencana dan maklumat tentang paras air sungai.

Laman depan web mybanjir.com

Laman depan web mybanjir.com

 

mybanjir.com juga ada menyediakan perkidmatan unik sistem pesanan ringkas yang diterangkan seperti berikut:

“Ini adalah khidmat komuniti oleh mybanjir.com dengan Celcom dimana kami akan mencuba untuk menghantar SMS kepada mangsa dan juga pasukan penyelamat untuk mengenal pasti keadaan dan lokasi mereka. Kami berhapan tuan/puan dapat memberikan maklumat yang tepat untuk kami sebarkan.” Sumber: mybanjir.com

 

Sila layari http://mybanjir.com

mybanjir.com dilihat sebagai usaha murni yang lahir dari semangat keprihatinan.

Syabas MaGIC!

 

###