gerhanamataharisepara3Gerhana Matahari Separa – itulah yang dijangka akan dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia pada hari Rabu, 9 Mac 2016, menurut satu siaran media Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bertarikh 29 Februari 2016.

Bilakah akan berlakunya Gerhana Matahari Separa ini?

Menurut ANGKASA, waktu berlakunya fasa-fasa Gerhana Matahari Separa adalah seperti berikut:

7:24 pagi   :   Bulan mula menyentuh cakera Matahari

8:24 pagi   :   Bulan mula menutupi Matahari secara perlahan (bermulanya fasa Gerhana Matahari Separa)

9:31 pagi   :   Bayangan Bulan mulai hilang secara perlahan (Gerhana Matahari Separa berakhir sepenuhnya)

Di dalam siaran media ANGKASA itu juga ada dinyatakan, “Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 pagi hingga jam 9:30 pagi.”

Untuk mengetahui di manakah lokasi-lokasi terbaik di Malaysia untuk melihat kejadian gerhana ini dan juga untuk mendapat maklumat tentang program-program yang diadakan sempena Gerhana Matahari Separa ini, sila baca siaran media yang keluarkan oleh ANGKASA itu, di pautan ini (http://www.angkasa.gov.my/?q=node/1331).

Jangan lupa, rakyat Malaysia juga akan berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa itu di lawan web ANGKASA di www.angkasa.gov.my bermula dari pukul 7:24 pagi hingga 9:31 pagi pada 9 Mac 2016.

###