Baru-baru inii, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melancarkan sebuah portal pengesahan maklumat iaitu sebenarnya.my, dalam usaha untuk membanteras penyebaran berita-berita palsu yang semakin berleluasa di dalam negara kebelakangan ini.

Ini adalah menurut siaran akhbar yang dikeluarkan sempena pengenalan dan pelancaran portal baru ini.

Menurut kenyataan tersebut juga, masyarakat Malaysia boleh menyemak dan melaporkan berita-berita yang belum ditentukan kesahihannya di pautan.

Saya meluangkan masa meninjau portal Sebenarnya.my dan saya dapati isu-isu kandungannya dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu Sosial, Nasional, Ekonomi dan Agama.  Sosial dan Nasional pula ada pecahan-pecahannya.

Saya tertarik dengan “tagline” portal ini – Tidak Pasti Jangan Kongsi.

Pendapat saya: Dengan berleluasanya berita-berita palsu sekarang ini yang pada saya sendiri, adalah dalam kadar membimbangkan, mewujudkan portal seperti Sebenarnya.my ini adalah suatu langkah yang baik.

Berikut adalah siaran akhbar yang tertera di laman Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, untuk tatapan anda:

***

Nota: Gambar di awal artikel adalah “screenshot” portal Sebenarnya.my.

###