Ini hal penting terutamanya jika anda adalah pengguna aplikasi pesanan seperti Telegram atau WhatsApp: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC telah mengeluarkan kenyataan rasmi perihal isu penyebaran maklumat atau berita palsu melalui aplikasi pesanan.

Memetik kenyataan tersebut, MCMC “menjelaskan kepada orang ramai bahawa perbualan dalam mana-mana kumpulan aplikasi pesanan seperti Whatsapp, Wechat, Viber, Telegram dan sebagainya adalah bersifat persendirian. Siasatan hanya akan dijalankan jika terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam kumpulan tersebut. Justeru, orang ramai, sama ada pentadbir atau ahli kumpulan, perlu berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu.”

Kenyataan penuh MCMC tersebut boleh diakses di laman web MCMC pautan ini: https://www.mcmc.gov.my/media/press-releases/kenyataan-akhbar, ataupun , membacanya di laman Facebook MCMC yang ada pautannya di bawah ini:

Kenyataan dari MCMC ini memberi pencerahan kepada yang kita yang ingin tahu lebih lanjut lagi tentang isu yang dilihat, sejak beberapa hari lalu, sedang menular di internet.

Berkaitan dengan topik ini juga, tak lama dulu ada saya memaparkan tentang penerbitan portal baru dinamakan Sebenarnya.my untuk membantu tangani penyebaran berita-berita palsu. Untuk membaca artikel tersebut klik di sini.

Kenalah kita melatih diri untuk sentiasa beringat sebagai pengguna aplikasi pesanan dan ketika maklumat di hujung jari, tak kiralah ada jenama aplikasi itu sekali pun.

###