Awal tahun lepas saya mula mencanang inisiatif #stopwaterpipeleaks sebagai peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan dalam Facebook untuk sama-sama membantu menangani masalah paip-paip bocor dengan mengambil tindakan wajar.

Bagi saya, banyak kes paip bocor yang saya jumpa sepanjang tahun lepas telah saya laporkan ke pihak berkuasa. Untuk kawasan Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur, aduan dibuat ke Syabas dan ke Syarikat Air Melaka Berhad untuk masalah paip bocor dekat dengan kampung saya.

Sekarang ni sudahpun di tahun baru, saya ada jumpa satu kes paip bocor dan ini menjadi peringatan untuk saya teruskan usaha #stopwaterpipeleaks.

Jika anda membaca post ini, marilah sama-sama kita buat sesuatu jika jumpa paip bocor.

Terima kasih!

-kam

Berikut adalah post yang berkaitan dari Facebook:

Beberapa hari lepas saya terjumpa satu kes paip bocor. Rasa sedih juga melihat banyaknya air terbuang macam tu saja. Ada pulak yang meletakkan botol soda mungkin untuk menakung air yang bocor (anda boleh lihat sendiri dalam video ini). Tak perlulah tunggu musim kemarau baru nak cerita pasal menyekat pembaziran air. Jom #stopwaterpipeleaks!

Posted by Kam Hashim on Saturday, January 30, 2016

###