Sebuah video yang bertemakan ramadan-syawal dari Samsung Mobile Malaysia mampu menarik perhatian beribu-ribu orang dalam laman media sosial popular Facebook sejak dimuatnaikkan kurang dari 24 jam.

Ketika post ini disiarkan, video tersebut sudah berjaya meraih lebih daripada 30,000 “shares” — suatu jumlah yang amat memberangsangkan.

Apakah yang membuatkan terjadinya sedemikian?

Samsung dilihat mengambil satu pendekatan yang sangat menarik dengan mempertontonkan perbualan sebuah keluarga dalam aplikasi WhatsApp.

“Drama” dalam WhatsApp ini berdurasi selama 2 minit 51 saat dan ia menyampaikan satu mesej yang penting sebagai peringatan – saling bermaafan antara satu sama lain.

Keseluruan pendekatan video ini menampakkkan kelainan dan mesej yang padu, lantas tak hairanlah ia dapat menarik perhatian ramai.

Jom tengok video ni:

Selamat berpuasa!