In Bahasa Malaysia, Special Features

Warga Sri Serdang dapat tiga gimnasium baru sekali gus

barbellshadow3

Di kawasan Sri Serdang dan jiran-jiran berdekatan, warganya sering dilihat beriadah seperti bersenam dan berlari di sekitar tasik kecil yang terdapat di kawasan tersebut. Ada juga yang berkunjung ke tempat-tempat riadah kepunyaan jiran iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terkini, ada perkembangan terbaru yang menarik, yang saya berpendapat mampu meninggalkan impak positif kepada tahap jasmani dan aktiviti senaman warga tempatan.

Perkembangan yang dimaksudkan ialah kewujudan tiga pusat gimnasium baru yang telah mula beroperasi di Sri Serdang dalam jangka masa beberapa bulan yang lepas. Pusat-pusat tersebut ialah: Athlete Fitness Studio, Pirates Fitness dan Total Xtreme Fitness & Gym.

Ketiga-tiga gimnasium itu terletak di plaza yang baru di Sri Serdang. Walaupun di kawasan yang sama, ada perbezaan-perbezaan antara mereka dari segi keluasan tempat, peralatan, yuran keahlian dan lain-lain lagi.

Saya dapati, yang paling besar ialah Athlete Fitness Studio yang dilengkapi dengan bilik studio untuk aktiviti berkumpulan. Manakala kedua-dua Pirates dan Total Xtreme mempunyai saiz yang lebih kurang sama, yang mengisi ruang tingkat tiga di deretan berasingan. Setahu saya, di Total Xtreme ada ditawarkan kelas-kelas aerobik.

Dengan wujudnya tiga gimnasium terbaru ini, maka warga tempatan kini ada pilihan tambahan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti riadah seperti aerobik dan “strength training” tanpa perlu risau dilanda hujan. Dengan waktu operasi hingga malam, ini memberi ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersukan di siang hari dek kerana kerja atau hal-hal lain, untuk bersenam dan mengeluarkan peluh.

Perkembangan menarik seperti ini mungkin mampu menyuntik semangat warga tempatan untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti senaman samada secara sendirian atau berkumpulan di pusat-pusat gimnasium.

 

Oleh Kam Hashim

 

###

2 Comments

  1. miera

    ade keje kosong x??nak buat part time..

Leave a Reply

Theme by Anders Norén